Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah rayuan kekalkan penggantungan sementara arahan imigresen Trump

Feb 10, 2017 | 8:53 AM
Presiden Donald Trump menunjukkan kemaharan terhadap keputusan mahkamah rayuan persekutuan dengan menulis tweet: "JUMPA ANDA DI MAHKAMAH, KESELAMATAN NEGARA KITA MENGHADAPI RISIKO!"
Presiden Donald Trump menunjukkan kemaharan terhadap keputusan mahkamah rayuan persekutuan dengan menulis tweet: "JUMPA ANDA DI MAHKAMAH, KESELAMATAN NEGARA KITA MENGHADAPI RISIKO!" - GAMBAR AFP

WASHINGTON: Sebuah mahkamah rayuan persekutuan Amerika Syarikat sebulat suara mengekalkan pada Khamis (9 Feb) penggantungan sementara arahan Presiden Donald Trump yang melarang rakyat tujuh negara majoriti Muslim memasuki Amerika.

Keputusan Mahkamah Litar Rayuan Amerika Kesembilan itu dibuat sebagai respons kepada cabaran terhadap arahan Encik Trump yang difailkan oleh negeri Washington dan Minnesota.

Mahkamah Agung Amerika besar kemungkinan akan menentukan keputusan muktamad kes ini.

Rumah Putih berkata ia tidak mempunyai komen segera terhadap keputusan mahkamah rayuan itu.

Arahan eksekutif Encik Trump pada 27 Jan menghalang rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman masuk selama 90 hari dan pelarian lain selama 120 hari, kecuali pelarian dari Syria, yang dihalang selama-lamanya.

Tidak lama selepas keputusan mahkamah rayuan itu dibuat, Encik Trump menulis tweet: "JUMPA ANDA DI MAHKAMAH, KESELAMATAN NEGARA KITA MENGHADAPI RISIKO!"

Jabatan Kehakiman berkata ia sedang mengkaji keputusan itu dan menimbangkan pilihannya.

Keputusan mahkamah litar kesembilan itu, menyusuli perbicaraan kes tersebut pada Selasa, tidak menyelesaikan kes itu.

Sebaliknya, ia berkaitan isu apakah arahan Encik Trump harus digantung sedang tindakan undang-undang terhadap arahan tersebut diambil dan menunggu keputusan muktamad.

Dua anggota panel rayuan tiga hakim itu dilantik oleh mantan presiden Demokrat, Encik Jimmy Carter dan Encik Barack Obama, dan seorang lagi dilantik oleh mantan presiden George W. Bush, daripada Republikan.

Kedua-dua belah pihak boleh membuat keputusan untuk merayu secara langsung kepada Mahkamah Agung Amerika. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg