Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Rayuan Syariah benarkan Anwar teruskan rayuan qazaf

Apr 29, 2016 | 03:04 PM



KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini boleh meneruskan semua prosiding rayuan qazaf beliau terhadap bekas pembantu peribadinya, Encik Mohd Saiful Bukari Azlan, yang tertangguh sejak sekian lama di mahkamah syariah.



Ini berikutan keputusan panel tiga hakim yang diketuai oleh Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, Datuk Seri Md Yusup Che Teh yang menolak rayuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain untuk membatalkan semua semakan dan notis rayuan Anwar.



Qazaf adalah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki.



Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah memerintahkan kekhilafan Anwar selaku responden dalam rayuannya menamakan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Encik Shamsuddin Hussain dan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali boleh diperbetulkan.



Alasan yang diberikan dalam permohonan yang difailkan pada Mei tahun lalu adalah bahawa Datuk Che Mat telah bersara daripada Jawi manakala Encik Shamsuddin telah dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara.



Korum hari ini juga dianggotai Hakim Datuk Yusof Musa dan Hakim Mohd Amran Mat Zain.



Mahkamah Rayuan Syariah turut memutuskan, keputusan mahkamah persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mengekalkan hukuman bersalah Anwar atas tuduhan meliwat Saiful tidak mengikat mahkhamah syariah kerana kedua-dua mahkamah adalah berbeza.



Datuk Seri Jamil Khir, Encik Shamsudin dan Datuk Che Mat mengemukakan permohonan bagi membatalkan semua notis rayuan yang difailkan Anwar atas alasan mereka tidak lagi memegang jawatan seperti yang dinamakan dalam rayuan.



Mereka juga mengemukakan alasan, bahawa mahkamah persekutuan pernah mensabitkan Anwar bersalah meliwat Encik Saiful. - Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >