Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Rayuan Washington DC enggan beri imuniti kepada Trump

Apr 14, 2023 | 10:11 AM



NEW YORK: Mahkamah Rayuan di Washington DC pada Khamis enggan memberi imuniti kepada bekas presiden Amerika Syarkat, Encik Donald Trump, bagi tuntutan pertama daripada dua saman fitnah difailkan penulis, Cik E Jean Carroll, yang mendakwa beliau  merogolnya hampir tiga dekad lalu.


Pihak mahkamah tempatan tertinggi di daerah itu menjelaskan, ia tidak mempunyai fakta mencukupi untuk memutuskan sama ada Encik Trump berhak mendapat perlindungan kekebalan itu, selepas beliau pada Jun 2019 menuduh Cik Carroll yang juga bekas penulis kolum majalah Elle, menipu berhubung dakwaan rogol terbabit.


Sebarang keputusan bahawa Encik Trump bertindak sebagai Presiden dan bukan atas kapasiti peribadi ketika itu, akan memberi imuniti kepadanya serta mengetepikan tuntutan mahkamah yang pertama oleh Cik Carroll, kerana pemerintah boleh mengganti diri sebagai defendan dan pemerintah  pula tidak boleh disaman fitnah.


Mahkamah terbabit kemudian memulangkan kes berkenaan kepada Mahkamah Rayuan Sirkit AS Ke-2 di Manhattan yang sebelum ini meminta panduan mahkamah di Washington itu berhubung undang-undang tempatan, September tahun lalu.


Keputusan semalam bagaimanapun tidak memberi kesan terhadap saman fitnah kedua yang difailkan Cik Carroll, di mana perbicaraannya dijadualkan berlangsung di Mahkamah Persekutuan Manhattan pada 25 April ini. – Reuters.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >