Premium
Mahkamah Seoul timbang waran tangkap Park
Mar 31, 2017 | 5:30 AM
CIK PARK GEUN-HYE: Hadir di mahkamah yang akan menentukan apakah beliau perlu ditahan kerana kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Foto AFP -
SEOUL: Bekas presiden Korea Selatan yang dipecat, Cik Park Geun-hye, hadir di mahkamah semalam bagi sesi yang menentukan apakah beliau perlu ditahan berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa, yang menyebabkan kejatuhannya.
Rakaman televisyen menunjukkan Cik Park, yang kelihatan muram dan pucat, mengelak soalan wartawan sebaik melangkah masuk ke bilik perbicaraan di Mahkamah Daerah Tengah Seoul.

