Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Syariah KL bakal pastikan bekas suami bayar nafkah anak, bekas isteri

Sep 02, 2019 | 02:04 PM



PUTRAJAYA - Lelaki Islam di Malaysia yang gagal memberi nafkah kepada anak dan isteri mungkin akan berdepan dengan situasi di mana harta benda mereka dirampas, di bawah perintah mahkamah yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh bahagian baru yang dibentuk oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.



Bahagian baru ini, yang akan menangani masalah penjagaan dan penyelenggaraan dalam kes keluarga, ditubuhkan pada Ogos untuk membantu wanita yang kini menunggu sehingga 14 bulan untuk mendapatkan ganti rugi terhadap suaminya yang tidak bertanggungjawab.



Kes-kes seperti itu perlu diselesaikan dalam masa kurang daripada enam bulan di bawah mahkamah khas ini - gagasan Menteri Agama Mujahid Yusof Rawa - sebagai sebahagian daripada langkah untuk memperbaharui sistem undang-undang Islam di Malaysia.



Mahkamah syariah Malaysia mentadbir undang-undang Islam untuk rakyatnya yang beragama Islam - sebahagian besarnya meliputi isu seperti perzinaan, penukaran agama, perkahwinan dan warisan - selari dengan sistem mahkamah sivil.



Di bawah undang-undang Islam Malaysia, suami perlu menyokong keluarganya dari segi kewangan.



Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, penangguhan yang lama berkaitan kes penyelenggaraan merugikan wanita dan kanak-kanak Islam.



"Keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang ditolak. Ramai bekas suami yang enggan membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak kerana mereka tahu bekas isteri tidak mampu mendapatkan bantuan undang-undang. Akhirnya, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan," kata Datuk Mohd Na 'im kepada akhbar The Straits Times.



"Sekarang, jika seorang lelaki menyalahi undang-undang, kami akan mengambil tindakan," katanya sambil menambah bahawa mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang dari akaun bank, merampas dan memajak harta benda, atau memenjarakan pesalah untuk tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.



Buat masa ini, mahkamah khas ini hanya akan beroperasi di Kuala Lumpur. 



Sekiranya ia terbukti berjaya, ia akan dilancarkan di negeri-negeri lain juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >