KOH SAMUI (Thailand): Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pekerja asing dari Myanmar pada Khamis (24 Dis) selepas mereka didapati bersalah bagi 2014 pembunuhan dua pelancong British di sebuah pulau percutian pada 2014.

Keputusan itu menyusuli siasatan dan perbicaraan kontroversi, termasuk tuduhan polis tidak cekap, bukti tidak dikendali dengan betul dan suspek didera.

Non-SPHZaw Lin (depan) dan Win Zaw Tun tiba di mahkamah di pulau Koh Samui pada 24 Disember. Gambar REUTERSReuters

Non-SPH

Non-SPH

Non-SPH

Zaw Lin (depan) dan Win Zaw Tun tiba di mahkamah di pulau Koh Samui pada 24 Disember. Gambar REUTERS

Reuters

Reuters

Reuters

Pelancong beg galas Hannah Witheridge dan David Miller ditemui mati di pantai di Pulau Koh Tao pada September tahun lalu.

Berikutan tekanan berminggu-minggu supaya menyelesaikan kes itu, polis menahan pekerja Myanmar Zaw Lin dan Win Zaw Tun dan berkata kedua-duanya mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Kedua-duanya kemudian menarik balik pengakuan mereka, dengan mengatakan ia dibuat dalam keadaan terpaksa. - Reuters