Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara 114 tahun ke atas seorang sami pada Khamis (9 Ogos), lebih setahun setelah dia diekstradisi dari Amerika Syarikat.
Wiraphon Sukphon, 39 tahun, menjadi tajuk berita pada 2013 apabila rakaman menunjukkan dia memakai cermin mata hitam dengan beg Louis Vuitton dalam pesawat peribadi.
Dia melarikan diri ke Amerika tetapi dihantar pulang selepas dituduh merogol seorang budak dan menipu wang bagi membina imej Buddha zamrud terbesar di dunia.
Siasatan lanjut mendedahkan dia memiliki kereta mewah dan pelbagai akaun bank bernilai kira-kira AS$700,000 ($954,000).
Wiraphon didapati salah mengubah wang haram, menipu dan melanggar Akta Jenayah Komputer mengumpul dana secara dalam talian, kata pegawai mahkamah Bangkok kepada AFP.
"Hakim mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman berjumlah 114 tahun," kata pegawai itu, sambil menambah bahawa di bawah undang-undang Thailand, Wiraphon tidak akan menjalani lebih daripada 20 tahun.
Wiraphon juga dikehendaki memulangkan 28.6 juta baht ($1.18 juta) kepada 29 penderma yang memfailkan aduan.
Keputusan mengenai rogol itu dijangka pada Oktober, kata seorang pendakwa raya.
Sami itu dituduh melakukan hubungan seks budak umur sekitar sedekad lalu sehingga dapat anak. Dia menghadapi kemungkinan tambahan 20 tahun penjara.
Kes ugutan, seks dan dadah yang dikaitkan dengan sami mengejutkan orang ramai. Tahun lalu, pihak berkuasa mengemukakan idea untuk memperkenalkan kad pengenalan digital untuk mengesan pendeta yang lebih baik dengan sabitan jenayah. -- AFP


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg