Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Tinggi tentukan nasib Rosmah hari ini

Sep 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Cubaan Datin Seri Rosmah Mansor membatalkan prosiding perbicaraan rasuahnya di saat akhir sebelum Mahkamah Tinggi memberikan keputusan berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion ($391 juta) gagal.



Ia menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan baharu dibuat isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes itu dan membatalkan keseluruhan prosiding dihadapi sejak 2018.



Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan keputusan itu selepas membenarkan bantahan dibuat Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini, selain menegaskan tiada keperluan untuk menangani merit permohonan Datin Seri Rosmah itu, lapor Berita Harian Malaysia kelmarin.



Hari ini juga Datin Seri Rosmah akan mengetahui keputusan sama ada beliau disabitkan atau dibebaskan daripada pertuduhan rasuah berhubung tender membekal dan memasang tenaga solar hibrid di 369 sekolah di pedalaman Sarawak.



Selepas kira-kira empat tahun turun naik mahkamah, beliau akan mengetahui 'nasibnya' yang akan ditentukan oleh Hakim Encik Mohamed Zaini Mazlan.



Encik Mohamed Zaini dijangka membaca alasan bertulis penuh selepas mendengar 23 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk Datin Seri Rosmah.



"Kes kita sudah sampai ke penghujung jalan, jadi sudah tiba masanya untuk menamatkan perjalanan dan menetapkan tarikh keputusan," kata Hakim Encik Mohamed Zaini ketika menetapkan tarikh keputusan sewaktu prosiding pada 12 Mei lalu.



Datin Seri Rosmah, 71 tahun, bakal menjadi tumpuan kerana apa sahaja keputusan dan alasan penghakiman yang diumumkan akan membawa impak besar terhadap beliau selaku isteri bekas Perdana Menteri.



Datin Seri Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.



Ia sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.



Sebelum ini, Datin Rosmah memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Jenayah, namun ditolak dan rayuannya terhadap permohonan itu juga ditolak Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.



Selain itu, Datin Seri Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh bagi kes solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah dan terbatal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >