Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Tinggi tolak permohonan halang perhimpunan Bersih, Baju Merah

Nov 18, 2016 | 08:37 AM



KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi menolak pada Khamis (17 Nov) permohonan peniaga untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menghentikan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih dan penyokong prokerajaan Baju Merah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu (19 Nov).



Tiga kumpulan perdagangan Melayu berkata mereka bimbang mereka akan mengalami kerugian jika dua perhimpunan berasingan itu diteruskan.



Namun hakim berkata mereka gagal memberi bukti untuk menyokong dakwaan bahawa perhimpunan lalu Bersih membawa kepada kerosakan ke atas kedai mereka.



Sementara itu, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad, yang kini seorang pemimpin pembangkang, menyatakan sokongan terhadap Bersih tetapi berkata beliau tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana lawatan ke luar negara.



Tahun lepas, beliau membuat penampilan mengejut pada perhimpunan dua hari Bersih.



Kebimbangan telah bertambah mengenai keganasan yang berpotensi berlaku kerana kehadiran kumpulan Baju Merah, yang dipimpin seorang ketua bahagian Umno, Datuk Jamal Yunos.



Di mahkamah, peguam Baju Merah, Encik Nasser Yusof, berkata penyokong kumpulan itu bersedia berhimpun di tempat yang diperuntukkan polis jika diarah berbuat demikian.



"Pendirian Baju Merah ialah kami akan mengadakan perhimpunan serentak dengan Baju Kuning (penyokong Bersih). Jika pihak berkuasa memberi kami cadangan atau perintah selepas ini dan memperuntukkan tempat untuk kami berkumpul, maka kami akan berkumpul di sana.



"Jika mereka tidak memberi sembarang pemberitahuan, maka Baju Merah akan berkumpulan di tempat Baju Kuning berkumpul," kata beliau, lapor akhbar The Star.



Pengerusi Bersih 2.0, Cik Maria Chin Abdullah, mengkritik Baju Merah kerana "mengganggu" penyokong kumpulannya dalam beberapa minggu kebelakangan.



"Ini taktik menakut-nakutkan untuk menghalang orang Melayu bandar dan luar bandar menyertai perhimpunan itu," katanya.



Bersih menuntut pembaharuan institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib atas dakwaan rasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >