Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS mahu era baru diplomasi, tanpa Perang Dingin

Presiden Joe Biden garis komitmen AS dalam ucapan pertama di PBB
Sep 23, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menggariskan era baru dengan persaingan kuat namun tanpa Perang Dingin baru, walaupun dengan pengaruh dan kuasa China semakin meningkat.



Dalam ucapan pertamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, beliau turut menjanjikan pengekangan tindakan ketenteraan dan usaha gigih terhadap perubahan iklim.



AS akan membantu menyelesaikan krisis dari Iran ke Semenanjung Korea ke Habsyah, kata Encik Biden kepada Perhimpunan Agung tahunan PBB di New York.



Dunia menghadapi "dekad penentu", kata Encik Biden, dengan pemimpin harus bekerjasama untuk memerangi wabak koronavirus, perubahan iklim sejagat dan ancaman siber.



Beliau berikrar negaranya akan menggandakan komitmen kewangan bagi bantuan iklim dan membelanjakan AS$10 bilion ($14 bilion) untuk memerangi masalah kelaparan.



Encik Biden tidak menyebut nama China atau Beijing, tetapi sering merujuk kepada pesaing AS yang semakin meningkat kuasanya itu semasa ucapan tersebut, sedang dua negara itu dilihat sering bertelagah di kawasan Indo-Pasifik dan mengenai isu perdagangan serta hak asasi manusia.



AS, katanya, akan bersaing dengan kuat, baik dari segi ekonomi dan untuk menyokong sistem demokrasi dan kedaulatan undang-undang.



"Kami akan bersama sekutu dan rakan kami dan menentang percubaan negara lebih kuat untuk menguasai negara lebih lemah, sama ada melalui perubahan secara paksa, tekanan ekonomi, eksploitasi teknikal atau salah guna maklumat.



"Tetapi kami tidak mencari, saya katakan sekali lagi, kami tidak mencari Perang Dingin baru atau dunia yang terbahagi kepada blok negara," tegasnya.



Ikrarnya bagi perpaduan sekutu sedang diuji oleh perjanjian tiga hala antara AS, Australia dan Britain yang telah melemahkan perjanjian kapal selam Perancis dan membuat Perancis berasa ditikam di belakang.



"Kami telah mengakhiri konflik selama 20 tahun di Afghanistan dan sedang kami menutup era perang tanpa henti ini, kami membuka era baru diplomasi tanpa henti," kata Encik Biden.



Beliau juga berjanji untuk mempertahankan kepentingan nasional AS yang penting, tetapi menambah bahawa "misi itu harus jelas dan dapat dicapai", dan tentera Amerika "tidak boleh digunakan sebagai jawapan pada setiap masalah yang kita lihat di seluruh dunia".



Encik Biden, seorang Demokrat, berharap dapat mengemukakan kes menarik bahawa AS tetap menjadi sekutu yang dapat dipercayai pada rakan-rakannya di seluruh dunia setelah empat tahun dasar "Amerika Dahulu" - dasar yang dilaksanakan pendahulunya daripada Republican Donald Trump.



Encik Biden berkata beliau tetap komited untuk menyelesaikan secara damai perselisihan dengan Iran mengenai program nuklearnya.



Beliau juga berikrar mempertahankan sekutu AS, Israel, sambil menambah bahawa penyelesaian dua negara dengan Palestin masih diperlukan.



Beliau menambah, AS mahu "diplomasi berterusan" untuk menyelesaikan isu program peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara. Korea Utara sejauh ini telah menolak cadangan AS untuk terlibat dalam rundingan.



Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebelum ini memberi amaran mengenai bahaya jurang yang semakin meningkat antara China dengan AS, ekonomi terbesar di dunia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >