Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB runding isu Baitulmakdis tanpa keluar kenyataan

May 12, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam bagi membincangkan pergolakan di Baitulmakdis tetapi tidak menawarkan apa-apa kenyataan, dengan para diplomat menyatakan Amerika Syarikat percaya kenyataan sedemikian tidak membawa perubahan.



Rundingan di kalangan 15 negara dalam Majlis Keselamatan adalah berkenaan satu kenyataan yang nadanya telah ditapis dari lakaran asal yang diusulkan Norway, kata para diplomat.



Menurut seorang diplomat dalam satu sidang video tertutup, Amerika "sedang bekerja di belakang tabir" untuk menenangkan keadaan dan merasakan bahawa ia "tidak pasti sama ada satu kenyataan akan membantu buat masa ini".



Selepas beberapa perbincangan tentang kemungkinan mengadakan satu kenyataan bersama bagi menggesa keganasan dihentikan, beberapa diplomat ditukil agensi berita AFP bahawa tidak ada kenyataan dari Majlis Keselamatan kelmarin.



Lebih 700 rakyat Palestin, dan lebih dua dosen agen polis Israel cedera sejak keganasan meletus di Haram al-Sharif, di kawasan Masjid Al-Aqsa, dan kawasan lain yang dikepung Israel di timur Baitulmakdis.



Sementara itu, sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang pegawai pemerintah kanan Hamas, Mohammed Fayyad terbunuh, manakala 65 yang lain cedera akibat serangan udara oleh Israel di Gaza, kelmarin.



Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap roket dilancarkan Hamas dan pejuang Palestin susulan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa.



Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu berkata, Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmakdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.



"Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami akan membayar harga yang tinggi," katanya.



Tentera Israel menyatakan 150 roket dilancarkan dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.



Jurucakap tentera, Encik Jonathan Conricus berkata, pihaknya sudah bermula dan akan menyerang sasaran ketenteraan di Gaza.



"Kami sudah membuat persiapan untuk pelbagai senario termasuk berintensiti tinggi," katanya yang sudah menyasarkan dua pelancar roket, dua pos tentera, sebuah terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.



Sementara itu, Hamas yang menguasai Tebing Gaza mengingatkan Israel untuk menarik semua tenteranya dari pekarangan masjid dan daerah Sheikh Jarrah.



Jurucakap Hamas berkata, Briged Qassam melancarkan serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel di Sheikh Jarrah dan di sekitar masjid Al-Aqsa.



"Ini adalah pesanan yang harus difahami oleh musuh dengan baik, jika anda bertindak balas, kami akan bertindak balas dan jika anda meningkat, kami akan meningkat," katanya.



Keganasan meletus menjelang perarakan dirancang bagi memperingati pengambilalihan Baitulmakdis dalam Perang Enam Hari 1967, ulang tahun dikenali Hari Baitulmakdis dalam kalangan Yahudi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >