Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB, Russia prihatin tentang Ukraine

May 07, 2022 | 09:16 PM



Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk Russia, telah melahirkan "kebimbangan mendalam mengenai pengekalan keamanan dan keselamatan Ukraine" dan menyokong usaha ketua PBB untuk mencari penyelesaian secara aman dalam kenyataan pertama badan itu sejak pencerobohan Moscow.



Kenyataan Majlis Keselamatan dipersetujui secara konsensus. Teks ringkas yang diterima pada Jumaat telah digubal oleh Norway dan Mexico , menurut laporan Reuters.



Majlis Keselamatan menyatakan kebimbangan mendalam mengenai pengekalan keamanan dan keselamatan Ukraine, menurut kenyataannya itu. 



 "Majlis Keselamatan mengingatkan bahawa semua Negara Anggota telah melaksanakan, di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kewajipan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa mereka dengan cara aman ."



"Majlis Keselamatan melahirkan sokongan padu terhadap usaha Setiausaha Agung dalam mencari penyelesaian secara aman," kata kenyataan itu, yang turut meminta ketua PBB Antonio Guterres agar memberi taklimat lagi kepada majlis itu pada masa terdekat. 



Encik Guterres mengalu-alukan sokongan majlis itu dan berkata beliau akan berusaha yang termampu untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan mencari jalan keamanan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >