Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan tidak sepakat Palestin jadi anggota penuh PBB

Permohonan mungkin ke undian lebih formal
tapi AS diramal guna kuasa veto untuk halang
Apr 12, 2024 | 03:56 PM



NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal mencapai kata sepakat pada 11 April berhubung permohonan Palestin untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu.


Ia bermakna usaha jangka panjang itu kini berkemungkinan menuju ke undian lebih formal oleh majlis tersebut.

Rakyat Palestin, yang mempunyai status pemerhati di PBB sejak 2012, telah melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan kenggotaan penuh, yang akan menyamai pengiktirafan bagi kenegaraan Palestin.

Sebarang permintaan untuk menjadi negara anggota PBB mesti terlebih dahulu melalui Majlis Keselamatan – di mana sekutu Israel, Amerika Syarikat, boleh menggunakan kuasa veto – dan kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung.

Memandangkan serangan teruk Israel ke atas Gaza, rakyat Palestin minggu lalu menghidupkan semula permohonan keanggotaan penuh PBB yang dibuatnya pada 2011, mendorong Majlis Keselamatan melancarkan proses semakan rasmi.

Ini termasuk jawatankuasa ad hoc terdiri daripada negara anggota majlis itu, yang gagal mencapai kata sepakat pada 11 April.


Semasa mesyuarat tertutupnya, “tidak ada konsensus dicapai,” kata Duta Malta, Cik Vanessa Frazier, yang memegang jawatan presiden bergilir majlis itu untuk April.

Bagaimanapun, dua pertiga daripada anggota memihak pada keanggotaan penuh, katanya, tanpa menyatakan negara-negara itu.

Meskipun jawatankuasa ad hoc hanya boleh bergerak ke hadapan melalui konsensus – secara longgar apabila semua pihak bersetuju – mana-mana ahli Majlis Keselamatan sekarang boleh mengemukakan resolusi untuk mengundi mengenai perkara tersebut.


Menurut sumber diplomatik, undian boleh diadakan pada 18 April hasil cadangan Algeria yang mewakili negara Arab dalam majlis tersebut.

Walaupun perkara itu akan menerima sembilan daripada 15 undi yang diperlukan, pemerhati meramalkan Amerika akan menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang keanggotaan penuh Palestin ke dalam PBB.

Washington berpendirian bahawa PBB bukan tempat untuk mendapatkan sokongan bagi kenegaraan Palestin, sebaliknya ia harus diusahakan menerusi perjanjian antara Israel dengan Palestin.

“Yang kami minta ialah tempat yang sepatutnya dalam kalangan negara-negara di dunia,” kata utusan Palestin di PBB, Encik Riyad Mansour, kepada pemberita awal minggu ini.

Pada 5 April, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menerima pakai resolusi menggesa Israel bertanggungjawab terhadap kemungkinan terlibat dalam jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan di Jaluran Gaza.

Sejumlah 28 negara mengundi menyokong, 13 berkecuali dan enam menentang resolusi itu. Ini adalah kali pertama badan PBB itu mengambil pendirian mengenai perang tersebut. – Agensi berita.

Perang Gaza bermula selepas serangan mengejut rentas sempadan oleh Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober.


Serangan Hamas itu telah membunuh lebih 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.


Menurut kementerian kesihatan wilayah kendalian Hamas, serangan balas Israel yang berterusan sehingga kini telah membunuh sekurang-kurangnya 33,545 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >