Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Majlis Keselamatan tolak resolusi Russia

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan lagi mengundi mengenai seruan Russia memberi akses kepada bantuan dan perlindungan warga biasa di Ukraine sedang utusan PBB Russia menuduh negara Barat meletakkan tekanan terhadap langkah tersebut.



Pegawai diplomatik berkata langkah Russia itu akan gagal kerana majoriti 15 anggota majlis tersebut tidak akan mengundi draf resolusi kerana ia tidak menangani isu kebertanggungjawaban atau mengiktiraf pencerobohan Russia terhadap Ukraine.



Ia juga tidak mendorong ke arah mengakhiri pertempuran tersebut atau langkah untuk menarik keluar askar Russia.



Menurut laporan AFP, Russia membatalkan undian tersebut disebabkan kurangnya sokongan dari negara lain.



Moscow juga gagal mendapatkan penajaan bersama draf tersebut dari China dan India, menunjukkan bahawa Beijing dan New Delhi tidak akan menyokong langkah tersebut, menurut laporan AFP itu lagi.



Resolusi tersebut tidak diberi peluang untuk dilaksanakan kerana negara Barat akan menggunakan kuasa veto untuk menolaknya.



Sebelum itu, Russia berharap supaya beberapa undian menyokong langkah tersebut akan muncul menunjukkan bahawa ia masih mempunyai sokongan di peringkat global selepas keputusannya menceroboh Ukraine.



Duta Russia ke PBB, Encik Vassily Nebenzia, berkata: "Ramai rakan kerja dari delegasi berbeza memberitahu kami bahawa tekanan dari rakan kongsi negara Barat buatkan mereka rasa terancam."



Memberi komennya semasa pertemuan majlis tersebut berkaitan krisis kemanusiaan di Ukraine - sebuah pertemuan yang diminta oleh anggota negara Barat - Encik Nebenzia berkata:



"Kami faham betapa sukarnya untuk negara-negara ini menghadapi keadaan seperti itu."



Duta AS ke PBB Cik Linda Thomas-Greenfield memberitahu Reuters selepas pertemuan itu:



"Mereka yang membuat ancaman di sini adalah Russia dan mereka perlu lakukan demikian jika ingin mendapatkan sokongan dari sesiapa."



Encik Nebenzia berkata Russia telah meminta untuk mengadakan pertemuan majlis itu pada Jumaat - selepas undian tersebut dijadualkan - untuk membincangkan bagaimana "makmal bio AS di Ukraine menggunakan dokumen baru yang diperolehi dalam tempoh operasi tentera khas itu."



Moscow telah menunda undian terhadap resolusi penuh kontroversi itu, yang mengutuk serangan terhadap rakyat biasa dan menyeru agar mereka diberi laluan selamat.



Russia telah memfailkan resolusi draf itu Selasa lalu berkaitan "situasi kemanusiaan yang semakin teruk di Ukraine" dan meminta undian pada keesokan harinya, kata AFP.



Ia kemudian mengubah fikirannya dan meminta undian tersebut dibuat pada Khamis, sebelum memilih untuk melakukannya pada Jumaat.



"Minggu ini Russia telah menghasilkan resolusi yang antara lain menyeru agar rakyat biasa dilindungi, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata duta British ke PBB Cik Barbara Woodward.



"Ini merupakan 'permainan' sinikal dalam berhadapan dengan kesengsaraan manusia yang dahsyat," ujarnya.



Perancis dan Mexico juga merancang untuk mengeluarkan resolusi berkaitan Ukraine yang dilakar bersama di Perhimpunan Agung. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >