Majlis nikah penuh istiadat pengantin diraja Johor

PUTERI tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, semalam sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam bahasa Melayu pada Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta anggotai keluarga dan rakan terdekat.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki Martin dan Henriette Verbaas, anggota keluarga dan rakan terdekatnya dari Belanda.

Laporan lanjut: Pengantin diraja Johor diijab kabul dalam upacara penuh istiadat