Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis Raja-Raja mesyuarat pada Khamis bincang pelantikan Perdana Menteri

Nov 23, 2022 | 3:20 PM
YANG DI-PERTUAN AGONG, AL-SULTAN ABDULLAH - Foto ASTRO AWANI
YANG DI-PERTUAN AGONG, AL-SULTAN ABDULLAH - Foto ASTRO AWANI -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis (24 Nov) berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih buntu sehingga sekarang. Mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara Khamis pagi, kata sumber, yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM). Difahamkan, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu untuk merungkai kebuntuan yang berlarutan sejak selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 pada Sabtu lalu yang menyaksikan tiada parti politik memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Dalam pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Selasa (22 Nov), baginda menitahkan cadangan supaya kedua-dua gagasan ini membentuk satu kerajaan perpaduan. Tan Sri Muhyiddin, yang merupakan pengerusi PN, bagaimanapun memaklumkan kepada baginda yang gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan PH, kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg