Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis Raja-Raja M'sia bertemu menyusuli peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Agong

Jan 7, 2019 | 3:30 PM
MESYUARAT KHAS: Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Malaysia di Istana Negara pada 7 Januari 2019 menyusuli peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dari Kelantan.
MESYUARAT KHAS: Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Malaysia di Istana Negara pada 7 Januari 2019 menyusuli peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dari Kelantan. - Foto EPA-EFE

KUALA LUMPUR: Enam Sultan dan Raja menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Malaysia di Istana Negara hari ini (7 Januari) selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dari Kelantan, meletak jawatan semalam.

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa semalam.

Menurut akhbar The Straits Times, agenda mesyuarat itu difahamkan adalah untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Mereka yang hadir termasuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

Sultan Nazrin, yang merupakan Timbalan Agong, akan menjalankan tanggungjawab sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong buat sementara waktu.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Namun, takhta Sultan Ahmad Shah kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Iskandar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg