SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

‘Makcik dodoi’ di M’sia catat 12j tontonan di TikTok; ‘dodoikan’ satu stadium di Seremban

‘Makcik dodoi’ di M’sia catat 12j tontonan di TikTok; ‘dodoikan’ satu stadium di Seremban

Nov 6, 2023 | 7:36 PM

‘Makcik dodoi’ di M’sia catat 12j tontonan di TikTok; ‘dodoikan’ satu stadium di Seremban

VIRAL: Cik Che Mas Mat Yusof, 65 tahun, (kiri) seorang pengendali kedai runcit di Bera Pahang, menjadi tular baru-baru ini atas satu video beliau berzikir seolah sedang mendodoikan bayi untuk tidur, dan videonya juga ditayangkan di sebuah stadium di satu universiti di Seremban (kanan).
VIRAL: Cik Che Mas Mat Yusof, 65 tahun, (kiri) seorang pengendali kedai runcit di Bera Pahang, menjadi tular baru-baru ini atas satu video beliau berzikir seolah sedang mendodoikan bayi untuk tidur, dan videonya juga ditayangkan di sebuah stadium di satu universiti di Seremban (kanan). - TIKTOK/CHEMASS_KAKLONG,HIJRISMAIL

Asyik-asyik buka TikTok sahaja, macam rasa mengantuk teringat ibu tersayang berzikir untuk tidurkan anak.

Begitulah komen ramai warga net selepas satu video seorang makcik dari Malaysia merakam dirinya berzikir seolah sedang mendodoikan bayi tidur menjadi tular baru-baru ini.

Video itu, diterbit pengguna chemas_kaklong pada 20 Oktober telah mencatatkan lebih 12.4 juta tontonan.

Bahkan, ia juga pernah ditayangkan kepada penonton di stadium sebuah universiti di Malaysia.

Dalam video berlangsung sekitar 8 minit itu, wanita itu mengucapkan selamat pagi kepada penontonnya dan kemudian mula berzikir di depan kamera.

Beliau juga bercakap tentang perniagaannya mengendali sebuah kedai runcit sebelum berzikir sekali lagi, seolah sedang bercerita-cerita kepada seorang bayi apabila hendak membuatnya tidur.

Susulan itu ramai pengguna media sosial telah memuat naik pelbagai video lucu merakam diri mereka kena ‘dodoi’ selepas mendengar suara wanita itu berzikir.

Ada pengguna yang memuat naik video bayi mereka terlelap apabila mendengar suara makcik itu.

Di ruang komen pula, ada pengguna yang menyatakan video itu membuat mereka rasa rindu terhadap nenek mereka.

Di Universiti Sains Islam Malaysia, di Seremban pula video itu telah ditayangkan kepada ratusan pelajar di sebuah stadium dalam satu acara pada Sabtu.

Menukil laporan media Malaysia, wanita itu dikenal pasti sebagai Che Mas Mat Yusof, 65 tahun, yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Bera, Pahang.

Che Mas mempunyai seramai enam anak dan 11 cucu, yang menetap di pelbagai negeri di semenanjung, lapor MStar.

Dalam satu wawancara bersama stesen radio tempatan Era, Che Mas juga berkata beliau menghasilkan video berkenaan kerana beliau menguruskan kedai dan ia sukar untuk membuat kawan.

Beliau juga berkata, kesemua cucunya pernah didodoikan beliau dengan cara itu sejak kecil.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg