Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Makkah kerah ribuan pekerja, peralatan untuk layani jemaah jelang Ramadan

Feb 29, 2024 | 01:38 PM



RIYADH: Pihak berkuasa perbandaran di Makkah berkata mereka telah menggerakkan sekumpulan pekerja dan armada peralatan, untuk melayani jemaah yang biasanya memenuhi kota suci Arab Saudi itu semasa bulan suci Ramadan.


Jurucakap Datuk Bandar Makkah, Encik Osama Zaytuni menyatakan bahawa bandar itu, yang menempatkan tapak paling suci Islam, biasanya menerima sejumlah besar pelawat dan jemaah umrah semasa Ramadan, yang memerlukan perkhidmatan yang lebih intensif.

Oleh itu, beliau telah merangka program pada musim ini, untuk menangani kemasukan jemaah yang dijangkakan dan menyediakan perkhidmatan cekap, termasuk pembersihan, pelupusan sisa dan memerangi serangga, kata pegawai itu kepada TV Saudi, Al Ekhbariya.


“Pelan itu juga termasuk memantau kedai dan restoran untuk memastikan kesahihan barangan yang dikendalikan serta pengendalian penyediaan makanan, menyelenggara dan membersihkan rangkaian jalan raya, terowong dan jambatan,” tambahnya, lapor Gulf News.


Dikenali sebagai Ibu Kota Suci Arab Saudi, Makkah mempunyai rangkaian jalan raya yang besar untuk memudahkan lalu lintas yang terdiri daripada 18,000 jalan utama dan jalan kecil, 58 terowong dan 70 jambatan, menurut pegawai itu.

Bulan Ramadan secara tradisinya menandakan musim puncak umrah atau ziarah ke Masjidil Haram di Makkah.

Umat Islam berpuasa, dengan menahan diri daripada makan dan minum setiap hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari sepanjang bulan Ramadan, yang dijangka tahun ini bermula pada 11 Mac.

Selepas menunaikan umrah di Makkah, ramai jemaah akan menuju ke kota Madinah untuk menunaikan solat di Masjid Nabawi, tapak kedua paling suci bagi umat Islam, dan melawat mercu tanda Islam lain di bandar itu.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Arab Saudi telah memperkenalkan pelbagai kemudahan untuk umat Islam yang ingin berkunjung ke negara itu untuk menunaikan umrah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >