Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysia adakan dua pilihan raya kecil pada 18 Jun

May 13, 2016 | 2:43 PM
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. - THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil parlimen bagi Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun, dalam bulan puasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata hari penamaan calon bagi kedua-dua kerusi akan diadakan pada 5 Jun. Hari mengundi awal ditetapkan pada 14 Jun.

Rakyat Malaysia dijadual mula berpuasa pada 6 Jun.

Datuk Seri Mohd Hashim berkata dua pilihan raya kecil akan menelan belanja RM2.7 juta ($914,830) kesemuanya.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, masing-masing Anggota Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei.

Datuk Noriah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi manakala Datuk Wan Mohammad Khair-il pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Mereka antara enam orang yang terkorban apabila helikopter yang mereka naiki terhempas berhampiran sungai Batang Lupar dalam perjalanan ke Kuching dari Betong. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg