Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia akui pilot MH370 lakar laluan ke Lautan Hindi dalam simulator di rumah

Aug 05, 2016 | 02:30 PM



PUTRAJAYA: Juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang melakar laluan ke Lautan Hindi pada simulator penerbangan peribadinya, kata Menteri Pengangkutan Malaysia dalam pengakuan pertama oleh kerajaan bahawa simulator itu mempunyai laluan seperti itu.



Namun, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laluan penerbangan ke Lautan Hindi yang dilakar Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah salah satu daripada "beribu-ribu" laluan dalam simulator di rumahnya.



"Ya, beliau mensimulasikan laluan penerbangan itu, tetapi ia salah satu daripada ribuan simulasi ke banyak bahagian dunia. Kita tidak boleh, hanya berdasarkan ini, mengesahkan beliau melakukannya," akhbar The Star menukil beliau.



Datuk Seri Liow berkata penemuan tersebut tidak mengesahkan juruterbang itu sengaja menghempaskan pesawat tersebut ke dalam laut.



"Sehingga hari ini, teori ini masih dalam siasatan. Masih tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa Kapten Zaharie sengaja memandu pesawat itu ke dalam Lautan Hindi," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Putrajaya pada Khamis (4 Ogos).



Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing apabila ia terputus hubungan dengan pengawal trafik udara.



Dengan menggunakan data satelit, pihak berkuasa membuat kesimpulan ia mengubah laluan dan mendarat di laut di luar pantai Perth, Austalia apabila ia akhirnya kehabisan minyak.



Datuk Seri Liow berkata pendirian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ialah kemalangan itu ialah satu "pendaratan tidak terkawal di air".



"Teori mereka seharusnya menafikan teori pendaratan terkawal di air yang telah dilaporkan secara meluas baru-baru ini," katanya.



Beliau merujuk kepada laporan media yang mencadangkan Kapten Zaharie memandu pesawat Boeing 777 itu pada saat-saat akhir, bertentangan pendirian rasmi umum bahawa jet itu tidak terkawal apabila ia terhempas.



Seorang pakar nahas udara terkemuka Canada, Encik Larry Vance, berpendapat pesawat itu dihempaskan oleh juruterbang penyangak atau perampas.



Malaysia, China dan Australia berkata pada 22 Julai mereka akan menggantung operasi mencari pesawat itu selepas carian semasa selesai akhir tahun ini, tetapi ia akan disambung semula jika bukti baru ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >