Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysia bentang Belanjawan 2023 tiga minggu lebih awal

Aug 26, 2022 | 5:21 PM
69440402-3997-409a-88fd-1738dfabc5d5
- AFP

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memutuskan untuk membentangkan Belanjawan 2023 tiga minggu lebih awal dari 28 Oktober yang dijadualkan sebelum ini.

Ia dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi kepada Berita Harian Malaysia (BHM) dan dilaporkan tadi.

Beliau turut mengesahkan perjalanan Takwim Dewan Rakyat pada Oktober ini juga diawalkan.

Mengikut takwim di laman Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 15 Disember ini.

Akhbar The Star melaporkan, keputusan terbaharu ini dianggap sebagai membayangkan bahawa pilihan raya umum Malaysia akan diadakan tidak lama lagi.

Mengulas mengenai perkara itu, pegawai Barisan Nasional (BN) berkata, Parlimen boleh dibubarkan selepas Bajet dibentangkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan membentangkan Bajet tersebut selepas Dewan Rakyat memulakan mesyuarat seterusnya pada 3 Oktober.

Susulan arahan Kabinet, langkah seterusnya ialah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan Ahli Parlimen mengenai tarikh baharu itu. - BHM, The Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg