PUTRAJAYA: Malaysia melaporkan 17,405 kes Covid-19 baru pada Rabu (28 Julai), bilangan tertinggi dalam sehari yang telah dicatatnya sejauh ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sudah mencecah 1,061,476 kes. Selangor mencatat 7,171 kes baru, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).