Topic followed successfully
Go to BHkuMalaysia dakwa 3 lelaki di mahkamah sebab sokong IS
Premium
Malaysia dakwa 3 lelaki di mahkamah sebab sokong IS
Oct 25, 2014 | 5:30 AM
Malaysia dakwa 3 lelaki di mahkamah sebab sokong IS

DIDAKWA: Mohd Rosmadi (depan) bersama Mohd Syafrein dan Mohamad Yusoffe dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Sepang, kelmarin. - Foto NSTP -
PUTRAJAYA: Tiga lelaki - seorang arkitek, jurutera dan peniaga - dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang kelmarin atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka Negara Islam (IS).
Mereka ialah Mohd Syafrein Rasid, 26 tahun, arkitek dari Pahang; Mohd Rosmadi Che Daud, 42 tahun, peniaga dari Perak; dan Mohamad Yusoffe Ishak, 26 tahun, jurutera dari Perlis.

