Dr M dakwa parti 'Pejuang' sudah mula dapat perhatian rakyat
Premium
Dr M dakwa parti 'Pejuang' sudah mula dapat perhatian rakyat
Aug 14, 2020 | 5:30 AM
PERKENAL CALON BEBAS DI PILIHAN RAYA KECIL: Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memperkenalkan Encik Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (kiri), calon yang bertanding atas tiket bebas mewakili parti baru Pejuang di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Slim di Slim River, malam kelmarin. - Foto MALAY MAIL -
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa parti baru yang ditubuhkan iaitu Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) sudah mula mendapat perhatian rakyat di Malaysia.
Beliau berkata, berikutan orang ramai meminta menjadi ahli, maka beliau berhasrat untuk membesarkan lagi parti Pejuang.

