Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia gagal sita barang mewah yang dirampas daripada mantan PM Najib

Nov 08, 2021 | 07:24 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia gagal dalam percubaannya menyita barang-barang mewah yang dirampas daripada mantan perdana menteri Najib Razak dan anggota keluarganya.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman itu pada Isnin (8 Nov) dan berkata kerajaan gagal membuktikan barangan tersebut dibeli menggunakan dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Kerajaan akan merayu keputusan itu, kata Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata:



"Nampaknya pegawai penyiasat membuat kesimpulan ini berdasarkan anggapannya. Ini adalah tidak mencukupi kerana mereka perlu membuktikan terdapat kaitan langsung antara wang yang diperoleh secara haram dengan wang tunai yang ditemui serta barang yang dibeli."



Keputusan itu berikutan kegagalan kerajaan membuktikan bahawa RM114 juta (S$37 juta) yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Dato Sri Najib adalah sebahagian daripada dana yang dicuri dari 1MDB.



Dato Sri Najib mendakwa wang tersebut adalah bagi tujuan pilihan raya.



Wang tunai dan barangan mewah itu merupakan sebahagian RM1.1 bilion yang dirampas pada 2018 sedang siasatan terhadap 1MDB dijalankan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >