Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia gesa negara Asean hidupkan semula rancangan tindakan jerebu

Aug 11, 2016 | 02:28 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa negara anggota Asean supaya menghidupkan semula kerjasama "berkeutamaan tinggi" bagi menangani jerebu yang sering melanda rantau ini.



Membuat gesaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beberapa kegiatan tidak aktif "agak lama" disebabkan kekurangan sumber.



"Janganlah kita hanya memikirkan tentang isu, tetapi beri tumpuan juga pada huraian dan menggalak satu sama lain dalam mencapai rancangan negara dan sasaran bagi menghapuskan masalah jerebu rentas sempadan," kata beliau dalam ucapannya pada persidangan ke-12 Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) di Kuala Lumpur pada Khamis (11 Ogos).



Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, antara pemimpin serantau yang menghadiri mesyuarat sehari itu.



Bidang atau kegiatan keutamaan tinggi itu termasuk kerjasama teknikal untuk meningkatkan kesediaan dan mengurangkan risiko kesihatan manusia dan alam sekitar akibat kebakaran tanah dan hutan dan pencemaran jerebu, pelaksanaan kegiatan bagi menggalak pembakaran sifar dan amalan pembakaran terkawal, dan mesyuarat dan simulasi latihan untuk meningkatkan tindak balas kecemasan bersama.



Dr Ahmad berkata jerebu yang dialami di rantau ini tahun lalu ialah yang paling teruk dalam rekod.



Asap jerebu teruk itu menjejas berjuta-juta orang di Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, bahagian selatan Filipina dan bahagian utara Laos, katanya.



"Kita perlu berhati-hati dan mengambil tindakan konkrit terutamanya usaha pencegahan dan mitigasi untuk lebih bersedia sekiranya berlaku keadaan cuaca buruk pada tahun-tahun akan datang," katanya.



AATHP ditubuh pada 2002 sebagai salah satu langkah utama ke arah pengurusan pencemaran udara di rantau ini untuk menangani masalah jerebu tahunan sejak 1997.



Perjanjian itu disahkan oleh semua negara anggota pada Januari 2015. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >