Malaysia hadapi dilema dalam rancangan bawa masuk pekerja asing
Premium
Malaysia hadapi dilema dalam rancangan bawa masuk pekerja asing
Feb 15, 2016 | 10:04 AM
Pekerjaan tukang masak dan tukang cuci di restoran antara pekerjaan "3D" yang dijauhi kebanyakan rakyat Malaysia. Gambar THE STAR -
SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mencabar belia Malaysia pada Ahad (14 Feb) supaya mengambil pekerjaan yang dikenali sebagai '3D' - kotor, sukar dan berbahaya - sedang beliau menghadapi kemarahan rakyat terhadap rancangan kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Haruskah pekerja Bangladesh dibawa masuk?" tanya beliau, yang dijawab belia yang menghadiri Perhimpunan Agung Majlis Belia Selangor "Tidak", menurut akhbar New Straits Times.

