Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Malaysia, Kemboja tingkat kerjasama pelbagai sektor

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Malaysia dan Kemboja berharap dapat meningkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu berkenaan dibincangkan dan menjadi antara keutamaan dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala di Istana Keamanan di sini Selasa.



"Perbincangan adalah sangat terperinci dan menyeluruh...menyentuh isu-isu perdagangan dan pelaburan yang menjadi keutamaan kami dalam hubungan dua hala, selain beberapa isu lain yang menjadi perhatian," katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen sempena lawatan rasmi sehari ke Kemboja.



Terdahulu, Datuk Anwar dan Encik Hun Sen menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerajaan Malaysia dan Kemboja.



MoU berkenaan berkaitan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja dalam sektor domestik serta pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja di sektor formal bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor buruh.



Mengenai industri halal, Datuk Anwar berkata, Malaysia sudah menerajui sektor berkenaan dan ia akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk menggunakan kemudahan itu bagi menggalakkan dan memudahkan eksport ke negara Islam, khususnya di Asia Barat.



Datuk Anwar juga menyentuh mengenai kejayaan pengeluaran beras di Kemboja dan beliau akan menggalak syarikat beras Malaysia dalam memenuhi keperluan import beras supaya dapat mempertimbangkan pilihan mengimport beras dan kacang gajus dari Indochina.



Kedua-dua negara menurut Datuk Anwar, turut bersetuju menggunakan buluh yang terdapat di Kemboja bagi menarik pelabur dalam memproses dan mengeksportnya.



Dalam perkembangan berasingan, Datuk Anwar berharap Encik Hun Sen dapat memberi beberapa idea pada Sidang Kemuncak Asean akan datang berhubung rangka kerja komprehensif bagi menangani krisis semasa Myanmar.



Menurut Datuk Anwar, ia bukan lagi isu dalaman kerana lebih 200,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke Malaysia.



Beliau turut menyatakan kepercayaannya terhadap kebijaksanaan rakan sejawatannya dari Kemboja itu kerana Encik Hun Sen telah berjaya mengembalikan keamanan apabila berdepan dengan situasi yang lebih kompleks di Kemboja berbanding situasi semasa di Myanmar.



Beliau juga berterima kasih kepada Encik Hun Sen kerana menganjurkan majlis iftar bersama ribuan masyarakat Islam di Kemboja malam Selasa dan ia menggambarkan pemahaman rakan sejawatnya itu terhadap toleransi dan rasa hormat terhadap kumpulan minoriti, yang dianggapnya masih kurang di dunia buat masa ini.



"Terdapat begitu banyak kebencian, salah faham, dan sikap tidak bertoleransi, dan anda (Hun Sen) telah menunjukkan bahawa anda bersedia untuk menerima perasaan dan sensitiviti orang lain dan begitu baik hati menjemput saya menyertai anda dalam majlis besar ini," kata beliau.



Datuk Anwar berkata beliau juga mengalu-alukan lawatan Hun Sen ke Kuala Lumpur nanti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >