Topik diikuti
Pergi ke BHkuMalaysia lapor 21,468 kes Covid-19 baru
Malaysia lapor 21,468 kes Covid-19 baru
PUTRAJAYA: Bilangan kes Covid-19 baru yang dilaporkan di Malaysia melebihi 21,000 buat hari kedua berturut-turut dengan 21,468 kes dilaporkan pada Jumaat (13 Ogos). Ini rendah sedikit berbanding 21,668 kes baru yang dicatat pada Khamis - bilangan kes baru tertinggi sejak wabak itu dikesan di negara tersebut pada Februari tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini 1,363,683. Beliau berkata, semua negeri mencatatkan peningkatan kes pada Jumaat dengan tujuh daripadanya melaporkan kes empat angka iaitu Selangor dengan 7,449 kes, Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088). "Turut mencatatkan kes hari ini ialah Negeri Sembilan iaitu 974, Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam)," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.