Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA

Malaysia mahu imuniti kelompok tapi sedikit daftar vaksin Covid-19

Kadar tidak hadir janji temu vaksinasi juga tinggi dengan pelbagai alasan
May 26, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 10,000 penduduk di Kelantan - sebahagian besar mereka berusia 60 tahun ke atas - dilaporkan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 hingga kelmarin.



Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata antara puncanya ialah masalah kesihatan dan hendak menunda tarikh suntikan mereka.



Menurut beliau, ada daripada mereka tidak hadir kerana mempunyai masalah peribadi, tetapi ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).



Semua yang tidak hadir bagi mendapat suntikan vaksin itu berdaftar di bawah fasa kedua program vaksinai Covid-19.



Apabila mendapat senarai sehari atau dua sebelum janji temu, pihak berkuasa akan menghubungi setiap individu untuk memastikan sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa ditetapkan.



Bagaimanapun, tidak semura orang dapat dihubungi kerana terlalu ramai yang mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.



Ada juga daripada mereka tidak menjawab panggilan.



Malaysia menyasarkan mencapai imuniti kelompok (kerentanan sesuatu kelompok kerana kebanyakan orang dalam kelompok itu rentan kepada penyebaran sesuatu jangkitan) dengan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduknya divaksinasi menjelang akhir tahun ini.



Namun hingga kini peratusan populasinya yang mendaftar bagi suntikan vaksin Covid-19 amat rendah.



Pada masa sama, kadar ketidakhadiran dalam kalangan mereka yang telah diberi tarikh janji temu juga agak tinggi dengan pelbagai alasan diberi.



Malah, banyak pembatalan dibuat pada saat akhir atau tanpa sebarang makluman.



Apakah impak sikap tersebut terhadap Malaysia?



Kerajaan disaran memperbanyak dan menyegerakan pemberian vaksin dos pertama bagi membantu meningkatkan imuniti rakyat, sekali gus menurunkan kadar kebolehjangkitan (Rt).



Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata pemberian dos pertama vaksin Covid-19 perlu dipertimbangkan bagi mereka yang sudah mendaftar bagi mendapatkan suntikan itu.



"Dalam tempoh mendesak seperti sekarang, perbanyakkan pemberian dos pertama vaksin, termasuk kepada yang sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera tanpa perlu menunggu fasa ketiga, yang akan mengambil lebih banyak masa.



"Difahamkan bahawa ramai rakyat sudah mendaftar, tetapi oleh kerana isu bekalan dan logistik, vaksin belum diberi."



88% SETUJU TERIMA VAKSIN



Satu kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 88 peratus rakyat negara ini bersetuju dan bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program vaksinasi Covid-19 kebangsaan (Pick) yang dilaksanakan kerajaan.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba, berkata hanya kira-kira 10 peratus tidak bersetuju, manakala 2 peratus tidak pasti, atas sebab tertentu, termasuk membabitkan keselamatan dan ingin menunggu orang lain mendapatkan suntikan terlebih dahulu.



Kajian itu membabitkan 15,000 responden dan dijalankan bulan lalu.



Dr Adham berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan wujud sindrom takut dalam kalangan masyarakat terhadap suntikan vaksin menyusuli laporan bahawa di beberapa negeri ramai individu tidak hadir janji temu vaksinasi.



Menurut beliau, Pick berjalan seperti dijadualkan dan 3.52 juta dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca tiba bulan ini dan akan dimanfaatkan seramai 1.25 juta orang.



Program vaksinasi membabitkan kakitangan kedutaan juga sudah bermula minggu ini dan seramai 4,000 kakitangan serta keluarga mereka akan menerima suntikan di kedutaan masing-masing, katanya.



PUNCA RAKYAT KURANG DAFTAR BAGI VAKSIN



KKM sedang mengkaji punca jumlah pendaftaran vaksinasi di bawah Pick masih rendah, dengan hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta penduduk Malaysia telah mendaftar.



Menurut Dr Adham, jumlah itu membentuk hanya kira-kira 30 peratus penduduk negara itu.



"KKM beranggapan jumlah 7.6 juta orang yang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 itu amat rendah, jadi kita ingin tahu adakah kempen dilakukan kurang berkesan atau orang ramai masih takut atau kurang kefahaman berhubung cara pendaftaran.



"Dalam program imunisasi kebangsaan itu, kita menetapkan sasaran capaian dalam lingkungan 70 hingga 80 peratus," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >