Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia pasang pintu pagar baru di CIQ Johor Bahru jelang hari mengundi

CIQ
Nov 09, 2022 | 06:16 PM



JOHOR BAHRU: Malaysia telah memasang 14 pintu pagar automatik baru di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tambak Johor, di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), umum ketua pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.


Beliau pada Rabu (9 Nov) berkata terdapat sejumlah 20 pintu pagar kereta yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan semuanya akan diganti sebelum 15 November, menjelang hari pengundian Malaysia pada 19 November sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15) negara itu.


“Daripada 20 pintu pagar lama, kami telah menggantikan 14 daripadanya yang sedang beroperasi, manakala baki enam lagi akan beroperasi sepenuhnya menjelang 15 November,” katanya pada satu sidang media di BSI.


Projek penggantian itu bermula tahun lalu sebagai sebahagian penyelesaian yang dicadangkan satu jawatankuasa khas mengenai dua CIQ Johor.


Ini ekoran adanya dakwaan oleh pengkritik bahawa kerja-kerja menaik taraf sedang dijalankan untuk mewujudkan kesesakan lalu lintas manusia dan kenderaan untuk menghalang puluhan ribu rakyat Malaysia yang akan cuba memasuki semula ke negara ini untuk mengundi dalam beberapa hari mendatang.


CIQ Johor satu lagi adalah di Linkedua di Tuas, di Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah.


Lintasan Johor-Singapura adalah antara laluan sempadan paling sibuk di dunia. Sebelum wabak Covid-19, kira-kira 415,000 orang menggunakan Tambak Johor dan Linkedua di Tuas setiap hari.


Jabatan Imigresen juga telah menambah baik 11 kaunter yang digunakan kenderaan ketika memasuki Johor Bahru di BSI, dengan kerja peningkatan membabitkan lapan lagi kaunter sedang berjalan, tambah Datuk Khairul Dzaimee.


“Fasa seterusnya akan melibatkan 19 lagi naik taraf kaunter kenderaan yang dijangka siap menjelang Februari tahun depan.

“Sebelum ini setiap kenderaan perlu melalui dua kaunter iaitu kaunter Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan.


“Tetapi dengan penambahbaikan ini, pengguna kenderaan hanya perlu melalui satu kaunter,” katanya sambil menambah bahawa ini akan menjimatkan antara 10 dengan 11 saat bagi setiap kenderaan. – The Star.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >