Topik diikuti
Pergi ke BHkuMalaysia perkenal rang antiberita tidak benar
Malaysia perkenal rang antiberita tidak benar
Malaysia perkenal rang antiberita tidak benar
BENTANG DEWAN RAKYAT: Datuk Seri Azalina Othman Said telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibaca kali pertama semalam. - Foto fail -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 27, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Individu yang didapati bersalah yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedar, mengelilingkan atau menyebarkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar boleh dikenakan denda RM500,000 ($168,000) atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Ia merupakan sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.