Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia pertingkat langkah keselamatan Covid-19 jelang Aidiladha

Jul 18, 2021 | 11:04 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mempertingkatkan langkah keselamatan di ambang sambutan Hari Raya Haji pada Selasa (20 Julai) bagi mengelakkan munculnya kelompok jangkitan Covid-19 yang banyak sepertimana yang dikaitkan dengan Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu.



Keadaan Lebaran lalu telah membawa pada peningkatan jangkitan yang kini secara purata ialah 10,000 kes setiap hari.



Dengan bertambahnya kadar trafik di lebuh raya sejak Jumaat lalu, pihak polis telah mengusahakan pemeriksaan lebih tegas di sekatan jalan. Mereka juga akan menolak surat pengecualian kerajaan yang biasanya membolehkan individu dari sektor tertentu merentas sempadan negeri bagi urusan tugas.



"Bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan permit, semua pegawai sekatan jalan di sempadan negeri telah diarahkan untuk tidak menerima surat pengecualian ini...bagi kembara rentas negeri," jelas Ketua Polis, Acryl Sani Abdullah, dalam satu kenyataan pada Sabtu (17 Julai).



Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, memberitahu pada Ahad bahawa "ratusan ribu penduduk yang mengembara merentas sempadan negeri dengan pelbagai sebab termasuk menggunakan surat pengecualian rentas negeri yang bertujuan untuk kerja" pada Hari Raya Aidilfitri lalu yang menyebabkan munculnya 36 kelompok jangkitan Covid-19.



"Terdapat mungkin mereka yang menggunakan 'kepakaran' mereka untuk elakkan polis dengan melalui perjalanan merentas jalanan ladang dan sebagainya tetapi anda tidak boleh menipu Covid-19," katanya.



Ibadah korban pada Hari Raya Haji pula akan dibataskan pada tempat-tempat ibadat dan tapak khusus yang dibenarkan manakala jamuan makan selepas ibadah korban pula tidak dibenarkan.



Solat Aidiladha secara berjemaah pula perlu berpandukan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa keagamaan setiap negeri. Sambutan Raya besar-besaran dan kunjung-mengunjung bagaimanapun tidak dibenarkan.



Langkah berjaga-jaga sebegini juga dilihat di Indonesia di mana orang ramai digesa agar tidak mengembara atau balik kampung. Di Singapura, masyarakat Islam telah diingatkan agar mematuhi langkah keselamatan Covid-19 sewaktu perayaan ini bagi mengekalkan jangkitan masyarakat pada bilangan yang rendah dan mengelakkan masjid daripada ditutup.



Di Malaysia, undang-undang baru itu diperkenalkan beberapa jam selepas pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Sabtu bahawa kerajaan akan menentukan minggu ini mengenai sama ada sekatan buat mereka yang telah menjalani vaksinasi penuh bagi menentang koronavirus akan dilonggarkan,



Malaysia terus berjuang melawan Covid-19 dengan angka kes harian dan kematian masih membimbangkan.



Lebih 14 juta dos suntikan telah ditadbir sejauh ini dengan hampir 20 peratus orang dewasa telah menjalani vaksinasi penuh memandangkan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia telah bertambah menjadi antara yang paling cepat diusahakan.



Tan Sri Muhyiddin berkata pada Ahad kerajaan Malaysia berhasrat mentadbir lebih banyak suntikan vaksin setiap hari, dari kadar purata melebihi 400,000 kepada setengah juta agar semua orang dewasa akan menjalani vaksinasi penuh menjelang penghujung Oktober.



"Dengan penemuan varian Covid-19 baru yang lebih agresif dan tambahan kes positif Covid-19, sasaran program vaksinasi akan dipercepatkan," katanya sambil menambah 76.1 juta dos vaksin telah diperolehi.



Meskipun jumlah jangkitan merosot kepada 10,710 kes pada Ahad, angka kematian meningkat pada rekod baru sebanyak 153 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ialah 916,561 kes dan angka kematian pula 7,019 kes.



Tan Sri Muhyiddin berkata Malaysia hanya akan hentikan perintah kawalan pergerakan apabila kes purata harian mencecah di bawah 500 kes dengan 60 peratus daripada 33 juta penduduknya sudah menjalani vaksinasi.



Dengan Lembah Klang merupakan kawasan dengan jumlah jangkitan paling banyak, kerajaan Malaysia telah memulakan Operasi Tambahan Tampungan (OSC) yang bertujuan memastikan setiap orang dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan menjelang 1 Ogos.



OSC ini membenarkan warga emas berusia 60 tahun ke atas langsung mendapat suntikan tanpa mendaftar terlebih dahulu dan menanti janji temu. Walaupun terdapat keprihatinan kesesakan di pusat vaksinasi, laporan sejauh ini menunjukkan segala proses vaksinasi berjalan lancar. - The Straits Times.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >