Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysia siasat gambar viral orang bergambar di sisi bangkai harimau

Oct 17, 2016 | 12:16 PM
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia sedang menyiasat imej beberapa orang bergambar di sisi bangkai seekor harimau, yang tersebar luas di laman sosial media.
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia sedang menyiasat imej beberapa orang bergambar di sisi bangkai seekor harimau, yang tersebar luas di laman sosial media. - GAMBAR THE STAR/ ASIA NEWS NETWORK

PETALING JAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menyiasat imej beberapa orang bergambar di sebelah bangkai seekor harimau, yang tersebar luas di media sosial.

"Kami memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan siasatan dijalankan untuk memeriksa keaslian imej itu," kata Ketua Pengarah, Encik Abdul Kadir Abu Hashim.

"Siasatan kes itu akan dilakukan di bawah Seksyen 68(2)(c) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 bagi kesalahan memburu harimau tanpa permit khas," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (14 Okt) malam.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga lima tahun dan denda maksimum RM500,000 ($165,000).

Encik Abdul Kadir berkata pegawainya sedang berusaha sadaya upaya untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab dan mengesahkan lokasi tepat gambar itu diambil.

Harimau spesies yang dilindungi dan membunuh atau mencacatkan binatang itu adalah satu kesalahan di Malaysia, kecuali dalam keadaan yang mengancam nyawa. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg