Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia tidak setuju pengganas Indonesia Hambali dibebaskan

Aug 23, 2016 | 11:55 AM



JOHOR BAHRU: Malaysia berharap Lembaga Semakan Berkala Amerika Syarikat akan menolak petisyen oleh pengganas Indonesia, Hambali, aga dia dibebaskan dari penjara Guantanamo Bay.



Kerajaan Malaysia melihat bekas pemimpin Al-Qaeda itu, yang juga dikenali sebagai Riduan Isamuddin, sebagai ancaman keselamatan utama kepada Asia Tenggara.



"Hambali seorang individu berbahaya, jika rayuannya diterima, saya berharap pihak berkuasa Indonesia akan menahannya," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Nur Jazlan Mohamed.



Beliau berkata kehadiran Hambali di rantau ini boleh "membawa harapan baru" kepada kumpulan pengganas yang kini kekurangan pemimpin baik dan berpengalaman yang berupaya membekalkan mereka senjata api dan bom.



Hambali "satu bintang tarikan" bagi kumpulan sedemikian kerana kaitannya dengan Al-Qaeda dan sebagai orang utama dalam rangkaian pengganas serantau, kata Datuk Nur Jazlan, selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika di Johor Bahru pada Isnin (22 Ogos).



Pengganas yang mendalangi pengeboman Bali, yang mengorbankan 202 orang, pada 2002 itu sedang berusaha agar dibebaskan dari Guantanamo, tempat dia ditahan selama 13 tahun.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, telah berjanji akan menutup penjara itu. Dengan pentadbirannya hampir berakhir, lembaga tersebut sedang mengkaji semula kes tahanan dengan tujuan membebaskan mereka.



Hambali, kini 52 tahun, berusia 38 tahun ketika ditangkap dan ditahan dalam penjara Amerika di luar negara selama tiga tahun sebelum dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.



Dia juga memainkan peranan di balik pengeboman gereja di Indonesia dan rancangan membunuh pemimpin dunia semasa satu sidang di Bangkok pada 2003.



Hambali disebut oleh sesetengah pihak sebagai Osama bin Laden Asia Tenggara. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >