Topik diikuti
Pergi ke BHkuMalaysia usaha buktikan pesawat Jho Low dibeli guna wang 1MDB

Aug 17, 2018 | 5:30 AM
Malaysia usaha buktikan pesawat Jho Low dibeli guna wang 1MDB
KUALA LUMPUR: Malaysia akan berusaha membuktikan bahawa pesawat peribadi milik ahli perniagaan Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, telah dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada negara itu, kata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Dr Mahathir berkata bahawa penting perkara tersebut ditangani terlebih dulu sebelum pesawat itu, yang kini berada di Singapura, dibawa ke negara itu.