KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengusulkan tempoh penggantungan lebih pendek bagi dua langkah berhubung isu ruang udara selepas Singapura menyarankan untuk melanjutkannya sehingga 31 Mei, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, hari ini (25 Januari).
Encik Loke berkata Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengusulkan agar langkah tersebut digantung sehingga 31 Mac, lapor akhbar The Straits Times.
Semasa bertemu dengan Encik Loke kelmarin, Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, menyarankan agar tempoh penggantungan bagi Kawasan Larangan Malaysia di Pasir Gudang dan pelaksanaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dilanjutkan sehingga 31 Mei.
Ini bagi memberi pegawai Singapura dan Malaysia lebih banyak masa mencapai huraian yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara, menurut Encik Khaw.
“Saya telah berbincang dengan Kabinet semalam tetapi Perdana Menteri berkata ini agak lama dan meminta tempoh itu dipendekkan,” ujar Encik Loke.