Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malaysiakini didenda RM500,000 dek hina mahkamah

Feb 20, 2021 | 5:30 AM
HADAPI HUKUMAN: Portal berita, Malaysiakini, didapati bersalah atas tuduhan menghina mahkamah kerana kesalahan yang dibuat menerusi komen pembacanya. - Foto REUTERS
HADAPI HUKUMAN: Portal berita, Malaysiakini, didapati bersalah atas tuduhan menghina mahkamah kerana kesalahan yang dibuat menerusi komen pembacanya. - Foto REUTERS -

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan portal berita Malaysiakini bersalah atas tuduhan menghina mahkamah.

Ia telah didenda RM500,000 ($163,899.56) kerana kesalahan yang dibuat menerusi komen pembacanya.

Hukuman itu dijatuhkan semasa prosiding semalam.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara memohon denda sebanyak RM200,000 terhadap Malaysiakini atas kesalahan tersebut.

Terdahulu dalam keputusan majoriti 6-1, hakim mendapati Malaysiakini bertanggungjawab atas penghinaan terhadap mahkamah menerusi komen pembacanya.

Bagaimanapun, keputusan majoriti memutuskan bahawa ketua pengarangnya, Encik Steven Gan, tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf menyampaikan keputusan majoriti 6-1, dengan hakim yang tidak bersetuju adalah hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk P Nallini.

Ini adalah kali pertama Malaysiakini didakwa atas tuduhan menghina mahkamah sepanjang sejarah penubuhannya sejak 21 tahun lalu.

Pada 15 Jun tahun lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengemukakan permohonan menghina mahkamah terhadap portal berita tersebut.

Ketika menyampaikan keputusan hari ini, Tan Sri Rohana memutuskan bahawa mahkamah perlu mengambil kira tanggungjawabnya untuk memandang serius tindakan menghina mahkamah, yang akhirnya akan melemahkan sistem kehakiman di Malaysia.

Katanya, mahkamah tertinggi itu telah mempertimbangkan permohonan maaf yang diajukan oleh Malaysiakini, melalui ketua pegawai eksekutifnya, Encik Premesh Chandran, di hadapan panel hakim.

Tambahnya panel hakim juga telah mempertimbangkan fakta bahawa portal berita itu telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan mahkamah berkaitan kes tersebut.

"Juga menjadi tanggungjawab masyarakat mengambil serius tindakan menghina mahkamah yang akhirnya melemahkan sistem keadilan di negara ini (Malaysia).

"Kenyataan yang menyinggung (komen berkenaan) telah tersebar luas di dalam dan luar negara, dan kandungannya bersifat palsu dan celaan, serta mengandungi tuduhan rasuah.

"Kami berpendapat bahawa denda RM500,000 adalah wajar.

"Kami memerintahkan denda oleh responden pertama dibayar dalam masa tiga hari mulai Isnin (minggu depan)," kata Tan Sri Rohana. - The Star/Asia News Network, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg