Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

The Malaysian Insider henti operasi

Mar 14, 2016 | 01:23 PM



KUALA LUMPUR: Laman berita propembangkang, The Malaysian Insider (TMI), akan mengakhiri operasi mereka mulai tengah malam ini.



Dalam kenyatan yang disiarkan tadi, editor TMI, Encik Jahabar Sadiq berkata, syarikat The Edge Media Group (TEMG) yang menaungi akhbar itu memutuskan untuk menghentikan operasi "atas sebab komersil".



Menurut penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TEMG, Encik Ho Kay Tat, TMI mengalami kerugian RM10 juta ($3.35 juta) sejak memiliki gerbang berita itu pada Jun 2014. 



TMI dibangunkan kira-kira lapan tahun lalu pada Februari 2008. 



Encik Teo dalam kenyataannya mendedahkan, TEMG telah didatangi tiga pihak, kesemuanya memiliki perniagaan media, dan berminat untuk mengambil alih TMI, dan terdapat juga tawaran pembelian pengurusan (MBO). 



"Sayangnya, kami tidak berupaya mencapai persetujuan dengan mana-mana pihak luar termasuklah dalam memastikan MBO dapat dilaksanakan.



"Kami juga percaya, masalah TMI dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyukarkan penjualan untuk dicapai meskipun perbincangan telah bermula lebih awal," kata Encik Ho dalam satu kenyataan.



Bulan lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mengekang penyiaran TMI daripada dinikmati rakyat negara itu, yang menurut kerajaan adalah disebabkan oleh "aduan rakyat" terhadap laporan berita laman berkenaan. Bagaimanapun, TMI masih boleh dibaca oleh pembaca dari luar negara.



Editor TMI dalam kenyataannya mengucapkan "selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan".



"Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini.



Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008.



"Saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami," ujarnya.



Seramai 59 kakitangan TMI diberhentikan kerja dan akan menerima pampasan, tetapi TEMG tidak menyatakan jumlahnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >