Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki: Dialog antara negara penting bina persefahaman, hurai perbezaan

Oct 26, 2019 | 10:00 PM



MEMBINA persefahaman antara berbilang negara dan institusi menerusi dialog amat genting bagi menghuraikan perbezaan, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) Dr Mohamad Maliki Osman.



“Dialog tidak pernah membazir masa,” kata Dr Maliki.



“Ia adalah langkah pertama dalam membina persefahaman, yang amat genting jika negara-negara  ingin bekerjasama dan menghuraikan perbezaan,” tambah beliau. 



Dr Maliki berkata demikian semasa beliau menyampaikan Kenyataan Negara Singapura di Sidang Puncak Ketua Negara dan Pemerintah Sidang Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) Ke-18 di Baku, Azerbaijan. 



Dr Maliki, yang berada di Baku sebagai Utusan Khas Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata geopolitik  dunia kini amat berbeza berbanding pada 1961, apabila NAM ditubuhkan. Selain lebih terhubung dan dijejas teknologi, dunia kini berdepan dengan cabaran rentas sempadan baru seperti perubahan iklim dan pengganasan, tambah beliau.



Justeru Dr Maliki menggesa anggota NAM untuk mempertahankan Prinsip Bandung yang ditandatangani pada 1955 dan supaya masing-masing mengekalkan pendirian sebagai negara berdaulat.



Dr Maliki berkata: 



“Prinsip Bandung, mengenai tidak campur tangan, menghormati kedaulatan, serta kewujudan bersama dan kerjasama masih relevan hari ini, sama seperti apabila ia ditandatangani pada 1955. Ia mengingatkan semua negara untuk bekerjasama dengan cara hormat dan membina, dan untuk mempertahankan rangka kerja undang-undang antarabangsa dan kebiasaan yang telah kita bina saban dekad.”



Dalam pada itu, Dr Maliki juga berkata Singapura ingin memperdalam hubungan mesra dengan Azerbaijan, selepas mengadakan hubungan diplomatik sejak 25 tahun lalu.



Menulis di Facebook, Dr Maliki berkata beliau telah bertemu president Azerbaijan Encik Ilham Aliyev dan Menteri Ehwal Luar Encik Elmar Mammadyarov.



Azerbaijan mengadakan Sidang Puncak ke-18 ini kerana ia adalah pengerusi NAM bagi tiga tahun akan datang. 



NAM ialah perkumpulan negara kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >