Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki ucap tahniah kepada Presiden baru Filipina

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden baru Filipina, Encik Ferdinand Romualdez Bongbong Marcos Jr., atas pelantikannya.



Beliau, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), melakukan kunjungan ke Manila kelmarin sebagai utusan khas Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. Dalam pertemuan itu Dr Maliki menyampaikan ucapan tahniah dan selamat maju jaya daripada kededua pemimpin Singapura itu.



Mencatat lebih lanjut tentang kunjungannya itu di Facebook semalam, Dr Maliki berkata:



"Singapura dan Filipina berkongsi hubungan yang mesra dan lama terjalin.



"Kita menikmati ikatan sesama insan yang utuh dan kerjasama akrab dalam pelbagai bidang.



"Saya mengucapkan agar Presiden Marcos Jr. diberi kesihatan yang baik dan kejayaan dalam setiap usahanya memimpin Filipina ke tahap lebih tinggi.



"Saya yakin hubungan dua hala antara Singapura dengan Filipina akan terus berkembang dan lebih mendalam lagi dalam tahun-tahun mendatang. Mabuhay!"



Encik Marcos Jr., 64 tahun, adalah presiden ke-17 Filipina dan merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal mantan Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Sr., dan Cik Imelda Marcos.



Beliau terdedah pada dunia politik sejak usia kecil lagi ketika bapanya menyertai pilihan raya Presiden.



Peranan rasmi pertama dalam arena politik yang disandangnya adalah ketika dilantik sebagai Naib Gabenor Ilocos Norte antara 1980 hingga 1983 pada usia 23 tahun.



Pada 23 Mac 1983, beliau menggalas amanah sebagai Gabenor Ilocos Norte, menggantikan ibu saudaranya yang bersara kerana masalah kesihatan.



Pada 1983, Encik Marcos Jr. memimpin sekumpulan pemimpin Filipina muda dalam misi diplomatik selama 10 hari ke China bagi meraikan ulang tahun sedekad hubungan Filipina dan China.



Pada tahun lalu, beliau mengumumkan hasratnya bertanding bagi Presiden Filipina dalam pilihan raya Presiden 2022 di bawah parti Partido Federal ng Pilipinas (PFP), di mana beliau mendapat hampir 59 peratus undi majoriti.



Beliau secara rasmi diisytiharkan sebagai Presiden dipilih oleh Kongres pada 25 Mei lalu.



Kemenangannya adalah yang terbesar oleh calon Presiden sejak 1981. Ketika itu, bapanya menang dengan 88 peratus undi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >