Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mamat Exist direman kerana dadah

Mar 28, 2015 | 3:29 PM
DIREMAN TIGA HARI: Bekas penyanyi Exist, Mamat, dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah. - Foto
DIREMAN TIGA HARI: Bekas penyanyi Exist, Mamat, dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah. - Foto -

KUALA LUMPUR - Bekas vokalis Exist, Mamat direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan pertuduhan mengambil dadah jenis Amphetamin di Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam, lapor Utusan Online.

Laman Harian Metro hari ini pula melaporkan, penyanyi yang pernah popular sekitar 1991 ditahan polis berkaitan dadah di Jalan Jelatek 2, Jelatek Bussiness Park, Hulu Kelang, di sini, kelmarin.

Penyanyi berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah terbabit dalam penyalahgunaan dadah beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan perkahwinannya musnah dan hilang punca pendapatan.

Kejayaan memenangi tempat ketiga dalam sebuah program realiti yang mengumpulkan penyanyi lama dianggap peluang untuk dirinya kembali bergiat aktif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg