Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ASEAN

Mampukah anak Thaksin tamatkan sengketa politik Thailand?

SUSUNAN JABBAR HANIEFF

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



ANAK bongsu mantan perdana menteri Thailand, Cik Paetongtarn Shinawarta, menjadi calon pilihan bagi memegang tampuk pemerintahan, apabila negara Gajah Putih itu mengadakan pilihan raya umum, yang dijadualkan pada 7 Mei 2023 ini.



Bapanya, Encik Thaksin Shinawatra, melarikan diri dari negara itu, setelah digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 19 September 2006.



Cik Paetongtarn, yang akrab dengan panggilan Ung-ing, telah membuat persiapan awal, apabila parti pimpinannya, Pheu Thai melancarkan kempen yang dilakar khusus untuk menyingkirkan pemerintahan yang disokong tentera, pimpinan Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha.



Berusia 36 tahun, Cik Paetongtarn membayangkan, kemenangannya kelak akan merintis ke arah mewujudkan satu era baru bagi keadilan sosial rakyat Thailand.



Agensi berita memetik beliau sebagai berkata:



"Bagi tempoh empat tahun akan datang, negara kami akan bangkit semula dan kembalikan maruah dan kebanggaan kita."



Dalam pilihan raya itu nanti, sebanyak 500 kerusi parlimen akan dipertandingkan - 251 kerusi merupakan majoriti mudah.



Tinjauan pendapat bagi pilihan perdana menteri, pada Disember 2022, Paetongtarn mendahuli dengan 34 peratus, sementara Jeneral Prayut ditempat kedua, dengan 14 peratus.



Parti yang bakal menang: Pheu Thai (42.95 peratus). Tempat kedua ialah Move Forward (16.60 peratus).



Cik Paetongtarn dan parti Pheu Thai pimpinannya akan menumpukan perhatian terhadap kempen-kempen menjelang pilihan raya dan akan memperkenalkan dasar-dasar utama parti setelah parlimen dibubarkan.



Pheu Thai dijangka memenangi sebahagian besar kerusi dan perlu meraih kemenangan besar.



Jika tidak, ia terpaksa membentuk kerajaan campuran dan mendapatkan sokongan daripada para senator yang tidak ikut bertanding dalam pilihan raya.



Para senator itu, seramai lebih 100 orang, terdiri daripada anggota tentera, kesemua-nya dilantik oleh Jeneral Prayut.



Mengulas tentang spekulasi itu, Cik Paetongtarn berkata:



"Terserah kepada para pengundi untuk membuat pilihan."



Jeneral Prawit Wongsuwon, 77 tahun, calon PM bagi Palang Pracharat Party (PPRP) - lebih berkarisma berbanding PM Prayut.



Jeneral Prawit adalah timbalan perdana menteri dan pemimpin PPRP.



Parti itu berpegang kepada pendirian "perlunya mengatasi konflik yang telah lama wujud, dan tiada lagi persengketaan."



Pendirian itu memungkinkan parti itu menjadi sekutu parti Pheu Thai selepas pilihan raya nanti.



Tetapi setakat ini, apabila Jeneral Prayut memutuskan untuk keluar dari PPRP yang memerintah, maka Jeneral Prawit menamakan dirinya sebagai calon perdana menteri sekiranya PPRP dipilih untuk memerintah.



Kini, PPRP sedang bekerja keras untuk mengelakkan para anggotanya keluar dari parti itu, mengikut jejak langkah Jeneral Prayut.



Jeneral Prayut Chan-o-cha, 68 tahun, perdana menteri terkini akan pertahankan kedudukannya.



Beliau keluar dari PPRP untuk menyertai parti United Thai Nation (UTN).



Beliau dikatakan telah memperbaiki imejnya semasa melakukan kunjungan di beberapa daerah, kebanyakannya dilihat sebagai tugu kuat UTN.



Mengekalkan hubungan yang baik dengan Jeneral Prawit, akan dapat membantu parti Pheu Thai untuk muncul berkuasa.



Menjalin kesepakatan dengan PPRP, boleh diibaratkan seperti kaedah serampang dua mata bagi parti Pheu Thai.



Dengan menarik PPRP menyertai pakatan gabungan, akan dapat membantu parti Pheu Thai menjadi lebih mantap.



Jeneral Prawit, yang amat berpengaruh ke atas sebahagian besar senator, akan dapat menjamin peluang parti Pheu Thai menampilkan calonnya bagi memegang jawatan perdana menteri.



Satu kemungkinan yang boleh berlaku bagi kerajaan yang akan datang adalah, Pheu Thai, yang dijangka memenangi sekitar 200 kerusi, mendampingi PPRP (yang bakal mempunyai 20 hingga 40 kerusi), dan parti Bhumjaithai (dijangka menang 100 kerusi).



Seperti Jeneral Prawit, pemimpin Bhumjaithai, Encik Newin Chidchob, menggariskan bahawa negara itu harus menamatkan semua konflik sesama sendiri demi kesejahteraan Thailand.



Jika terpilih, Cik Paetongtarn akan menjadi orang ketiga dalam keluarga Shinawatra untuk memimpin Thailand, selepas bapa dan ibu saudaranya - kedua-duanya disingkirkan melalui rampasan kuasa tentera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >