Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

E-MEL DARI KL

Mampukah Anwar angkat martabat M'sia melalui visi 'Malaysia Madani'?

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



SETIAP kali seorang perdana menteri Malaysia baru memimpin negara, satu slogan mencerminkan hala tuju kerajaan akan diumumkan.



Semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad - Wawasan 2020; Tun Abdullah Badawi - Islam Hadhari; Datuk Seri Najib Tun Razak - 1 Malaysia; Tan Seri Muhyiddin Yassin - Malaysia Prihatin; dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Keluarga Malaysia.



Kini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut melakar visi dan hala tuju kerajaan perpaduan pimpinannya - Malaysia Madani.



Sejak diumumkan Khamis lalu, banyak takrif dan pengertian erti Madani dikupas penganalisis politik dan ekonomi.



Menurut Kamus Dewan, perkataan 'Madani' membawa erti maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.



Ada penganalisis berpendapat jika digabungkan perkataan masyarakat dan madani, takrifnya mungkin serupa dengan perkataan masyarakat sivil atau 'civil society', namun diindahkan sebagai masyarakat Madani.



Konsep masyarakat Madani ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru bagi Datuk Anwar kerana beliau telah membincangkannya sejak 1997 dalam buku tulisannya The Asian Renaissance (Kebangkitan Asia) dalam bahasa Inggeris.



Beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau telah menulis buku bertajuk Membangun Negara Madani - seolah-olah satu petanda keyakinan akan dilantik menjadi perdana menteri.



Empat Teras Strategik Utama yang dikenalpasti ialah - Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan dan Mewujudkan Pentadbiran Beramanah.



Antara fokus utama ialah untuk mengangkat semula martabat negara setelah tercemar dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi punca negara dibebani hutang sebanyak RM1.5 trilion ($460 bilion).



Beliau telah menggariskan tiga keutamaan - membasmi kemiskinan, mengubah suai semula ekonomi serta memulihkan dan menjana ekonomi.



"Sementara kita bergelut dalam bidang ekonomi, teknologi dan digital, kita pacu pertumbuhan kita, jangan tinggalkan nilai dan kemanusiaan.



"Saya sebut hal sedemikian ini untuk menunjukkan bahawa kaedah dan cara lama kita tidak dapat menyelesaikan masalah negara. Untuk terpukau dengan angka juga tidak mungkin dapat membantu.



"Maka, kita harus menamatkan ukuran kemajuan dengan pertumbuhan ekonomi sahaja.



"Ini kerana keghairahan menyebut angka pertumbuhan, pelaburan asing atau angka, tanpa menekankan ia membabitkan belia dan wanita, kesan akibat kepada manusia seluruhnya, itu bagi saya tidak akan membantu," tegas Datuk Anwar.



Oleh itu, penganalisis yakin beberapa inisiatif akan diumumkan menerusi Belanjawan 2023 di Parlimen Februari nanti.



Persoalannya ialah sama ada hala tuju yang dilakar akan diikuti dengan tindakan tegas terutama dalam membersihkan jentera kerajaan yang sering dilanda masalah ketirisan belanjawan.



Malah, Datuk Anwar baru-baru ini mendedahkan terdapat RM4-RM6 bilion yang boleh dijimatkan sekiranya sistem pentadbiran kerajaan lebih telus.



Ketika diminta pandangannya, penganalisis ekonomi Datuk Dr Ramalan Yunus berkata konsep Malaysia Madani adalah satu wawasan besar dan berat kerana ia bermakna membina satu peradaban baru.



Menurutnya, cabaran terbesar yang akan dihadapi ialah menjelaskan kaedah dan pendekatan konsep itu pada masyarakat ramai dalam bahasa yang mudah difahami.



"Jika tidak, akan wujud pihak yang menganggap idea itu hanyalah satu retorik politik Datuk Anwar," jelas Dr Ramalan.



Satu lagi isu yang dibangkitkan ialah ketiadaan penekanan khusus terhadap Agenda Bumiputera.



Menurut Datuk Dr Marzuki Mohamad, mantan Ketua Setiausaha Sulit, Tan Seri Muhyiddin Yasin, Agenda Bumiputera terpahat dengan jelas dalam Dasar Ekonomi Baru (1970-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000) dan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.



"Persoalannya, adakah Malaysia Madani telah menggantikan WKB 2030? Di manakah kedudukan dasar dan agenda Bumiputera dalam Malaysia Madani?



"Jika ada, apakah pelan tindakan menyeluruh yang akan diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dalam memacu agenda Bumiputera dan memantau pelaksanaannya?" tanya beliau dalam tulisannya di laman media SatuBerita.



Namun Pengerusi Nadi Rakyat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yakin idea yang telah lama digagaskan Datuk Anwar sebelum beliau dilantik menjadi perdana menteri akan membawa perubahan besar pada negara.



"Apabila ia ditulis sebelum beliau menjawat jawatan perdana menteri maka sudah pasti perspektif yang cuba dihasilkan dalam buku itu adalah perspektif mereka yang berada di luar kerajaan.



"Apabila berada di luar kerajaan, sudah pasti ada pelbagai kritikan yang diangkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik kerana itu gagasan sebelum menjadi kerajaan," tegas beliau dalam satu wawancara televisyen.



  • Penulis mantan wartawan BH dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >