Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir Johor bertambah

Jan 29, 2023 | 06:11 PM



JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,729 membabitkan 765 keluarga setakat jam 4 petang tadi, berbanding 2,687 daripada 747 keluarga pada jam 12 tengah hari.



Jumlah itu meningkat apabila terdapat penambahan mangsa banjir di Mersing, Kota Tinggi dan Batu Pahat.



Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir di Mersing meningkat daripada 973 orang pada jam 12 tengah hari tadi kepada 1,007 orang.



"Di Kota Tinggi pula menyaksikan peningkatan tujuh mangsa membabitkan dua keluarga, manakala di Batu Pahat, jumlah mangsa meningkat daripada 734 orang daripada 207 keluarga kepada 771 orang daripada 221 keluarga," katanya.



Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata walaupun jumlah mangsa banjir meningkat, namun tiga PPS sudah ditutup setakat ini.



"Dua PPS di Segamat ditutup menjadikan mangsa banjir di daerah itu tinggal 92 daripada 28 keluarga, berbanding 123 daripada 34 keluarga tengah hari tadi.



"Selain Segamat, Muar turut menutup satu-satunya PPS yang dibuka di daerah itu apabila lima mangsa daripada satu keluarga sudah dibenarkan pulang ke kediaman mereka.



"Hanya Tangkak dan Kluang masih kekal dengan jumlah mangsa banjir daripada tengah hari tadi. Kini, hanya enam daerah terjejas banjir dan 30 PPS yang masih beroperasi," katanya.



Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, Johor masih dalam amaran waspada kerana dijangka mengalami hujan berterusan sehingga Isnin ini, terutama di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >