Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mangsa gempa Haiti kelaparan bantuan sedikit, lambat sampai

Aug 20, 2021 | 5:30 AM
TUNTUT BANTUAN MAKANAN: Puluhan orang muncul di luar kawasan lapangan terbang tempatan meminta makanan setelah helikopter tiba membawa bekalan. - Foto REUTERS
TUNTUT BANTUAN MAKANAN: Puluhan orang muncul di luar kawasan lapangan terbang tempatan meminta makanan setelah helikopter tiba membawa bekalan. - Foto REUTERS -

LES CAYES (HAITI): Sekumpulan penduduk Haiti yang kelaparan berkumpul di luar sebuah lapangan terbang di selatan Haiti kelmarin.

Ini sedang mereka, yang hilang tempat tinggal dalam gempa bumi yang mengorbankan kira-kira 2,000 orang baru-baru ini, menyuarakan kemarahan bahawa bantuan pemerintah lambat tiba, walaupun selepas lima hari bencana itu, menyebabkan ramai orang ketiadaan makanan dan air.

Perdana Menteri Ariel Henry, yang terbang mengunjungi kota Les Cayes, yang paling teruk terjejas, sejurus gempa pada skala 7.2 Richter berlaku Sabtu lalu, memuji semangat yang ditunjukkan penduduk terselamat dan berjanji bantuan yang cepat.

Namun, setelah semalaman hujan lebat, penduduk di Les Cayes, termasuk yang berlindung di pusat perkhemahan di tengah bandar, mengadu sedikit sekali bantuan tiba.

Puluhan orang muncul di lapangan terbang tempatan meminta makanan setelah helikopter tiba membawa bekalan, menurut seorang saksi kepada Reuters.

Polis terpaksa campur tangan untuk membolehkan trak yang membawa bantuan keluar dari kawasan itu.

Encik Pierre Cenel, seorang hakim tempatan di Les Cayes, sebuah kota yang mempunyai 100,000 penduduk, menumpukan kemarahannya terhadap pemerintah di Port-au-Prince, mengulangi kekecewaan meningkat dalam kalangan penduduk di kawasan paling terjejas.

"Sebagai hakim, saya tidak boleh mempunyai pendapat politik. Tetapi sebagai manusia yang prihatin akan keadaan negara saya, tidak ada yang bergerak.

"Mereka tidak melakukan apa-apa untuk bersiap bagi bencana ini," kata beliau di pusat bandar Les Cayes. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg