Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa gempa Maghribi tekad bina semula kehidupan

Sep 18, 2023 | 01:26 PM



MARRAKESH: Gempa bumi lebih seminggu lalu telah menyebabkan menara masjid berusia enam abad di salah satu kawasan kejiranan tertua Amizmiz runtuh menyembah bumi.


Deretan kedai berdekatan kelihatan tidak tersentuh tetapi apabila dilihat dari dekat, dua daripada kedai di situ bersepai – seolah-olah dibelah dengan kapak gergasi.

Ramai penduduk Amizmiz meninggal dunia dan beberapa mayat masih belum ditemui.

Di sebelah kedai-kedai, seorang lelaki yang masih mampu menguntum senyuman, dilihat memungut barang-barang keperluan rumah seperti sofa dan almari yang masih boleh digunakan dan meletakkannya di tepi jalan.

Semua penduduk di kejiranan Amizmiz terjejas teruk – bangunan-bangunan yang mereka sebelum ini anggap “rumahku syurgaku” telah rebah dan kini hanya tinggal kenangan.

Mereka yang terselamat mencari perlindungan di khemah-khemah yang didirikan kerajaan dan badan-badan kemanusiaan antarabangsa.

Barisan panjang khemah kuning di lereng bukit bertentangan, dan khemah biru berhampiran tengah bandar kini menjadi tempat mereka melepaskan lelah dan merenung kepiluan.

Sebuah hotel membenarkan sesiapa sahaja untuk menginap secara percuma – contoh perpaduan dan simpati kepada mangsa masih terserlah di Maghribi.

Seorang penduduk, Encik Abdelali, guru sekolah menengah yang memakai baju ungu dan cermin mata hitam, kelihatan santai apabila beliau mula bercakap tentang pengalaman pahitnya.

Ramai pelajar dan rakannya telah meninggal dunia dalam gempa bumi.

Beliau meraikan hari lahir anak perempuannya yang ke-21 pada apa yang kini disifatkannya sebagai “black Friday” atau Jumaat hitam.

Sebaik sahaja beliau meniup lilin, tanah mula bergegar dan rasa takut tiba-tiba mencerut hati dan fikirannya.

Bagi beliau, hari lahir anaknya itu merupakan sesuatu yang tidak akan dilupakan kerana detik itulah telah mengubah segalanya – seluruh keluarga kini tinggal di dalam khemah.

Sekolah tempat beliau mengajar mungkin tidak dibuka selama berbulan-bulan dan kelas akan diadakan di khemah, mempertaruhkan masa depan generasi pelajar.

Banknya telah musnah, bermakna beliau terpaksa menempuh berpuluh-puluh kilometer untuk mengeluarkan wang.

Ketakutan sebenar beliau ialah musim sejuk apabila suhu menjunam dan salji menutupi cerun.

Amizmiz adalah salah satu wilayah di Maghribi yang termiskin dan paling kurang membangun.

Agensi berita antarabangsa mendapati respons kerajaan terhadap krisis terlalu perlahan dek birokrasi.

Maghribi juga telah menolak tawaran bantuan daripada bekas kuasa kolonial Perancis walaupun sokongan asing pasti diperlukan untuk kerja pembinaan semula dek bencana sebesar ini.

Sejak gempa bumi melanda, penduduk Maghribi tampil membantu dengan menyumbang air minuman, minyak masak, roti, produk kebersihan dan selimut serta segala-galanya yang diperlukan mangsa yang terselamat.


Mereka telah memandu ke tengah-tengah kawasan pergunungan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.


Keramahan penduduk Maghribi jelas dapat dirasakan meskipun dalam keadaan yang paling mencabar.

Apa yang nyata, semangat penduduk Maghribi belum hancur di bawah beban gempa bumi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >