Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mangsa helikopter terhempas di Cameron Highlands selamat

Oct 28, 2022 | 5:30 AM
SELAMAT: Penyelamat menemui semua penumpang helikopter itu di sebuah kawasan bukit di Brinchang. - Foto FACEBOOK BOMBA & PENYELAMAT NEGERI PAHANG
SELAMAT: Penyelamat menemui semua penumpang helikopter itu di sebuah kawasan bukit di Brinchang. - Foto FACEBOOK BOMBA & PENYELAMAT NEGERI PAHANG -

IPOH: Sebuah helikopter membawa enam penumpang terhempas di Cameron Highlands kelmarin.

Semua penumpang mengalami kecederaan, termasuk seorang patah kaki.

Ketua polis Perak, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pasukan penyelamat telah menemui semua penumpang di sebuah kawasan bukit di Brinchang sekitar 4 petang.

Mangsa dapat menghubungi pasukan penyelamat dan menunggu untuk diselamatkan. Mereka dalam keadaan stabil, kata Penguasa Penerbangan Awam Malaysia, yang mengesahkan helikopter Airbus AS355 F2 itu terhempas sekitar 1 petang.

Penumpang termasuk pegawai perubatan, jururawat dan pembantu kesihatan awam daripada Jabatan Kesihatan Kinta di Perak, kata Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin.

Pasukan perubatan itu dalam penerbangan pulang ke Tanjung Rambutan di Ipoh selepas melakukan kunjungan penduduk asli biasa di sebuah kampung pedalaman di Kampung Gawin, Gua Musang.

Setelah pasukan penyelamat pertama tiba di tempat kejadian dalam hujan lebat, unit perubatan darurat dikerahkan untuk memantau kecederaan mangsa.

Sekitar 9.10 malam, mangsa terakhir dipindahkan keluar dari kawasan terjadinya nahas itu untuk dibawa ke hospital.

Helikopter itu dikendalikan oleh sebuah syarikat penerbangan sewa khas swasta, Layang Layang Aerospace, kata ketua eksekutif CAAM, Encik Chester Voo. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg