Mangsa tembakan polis bersuara sedang protes berterusan di AS
Premium
Mangsa tembakan polis bersuara sedang protes berterusan di AS
Sep 8, 2020 | 5:30 AM
LUMPUH: Jacob Blake ditembak di belakang oleh seorang pegawai polis kulit putih di Wisconsin bulan lalu dan lumpuh dari pinggang ke bawah. - Foto AFP -
KENOSHA: Jacob Blake, lelaki kulit hitam yang ditembak di belakang oleh seorang pegawai polis kulit putih di Wisconsin bulan lalu, bercakap buat kali pertama dari katil hospital, sedang tunjuk perasaan mengenai keadilan kaum dan kepolisian terus merosakkan beberapa bandar Amerika Syarikat.
Dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial Twitter, Blake, yang memakai gaun hospital berwarna hijau, bercakap mengenai kesakitan berterusan yang dirasa beliau setelah tembakan itu, yang menyebabkan beliau lumpuh dari pinggang ke bawah.

